Pusat Pemerintahan Kerajaan Abbasiyah
2/13/2016
Iraq (Baghdad) Pusat Pemerintahan Kerajaan Abbasiyah (740- 1258 M)
- Pusat pemerintahan Kerajaan Abbasiyah pada permulaannya terpecah kepada tiga bahagian iaitu Kufah di Iraq, Humaimah di Syria, dan akhir sekali Baghdad di Iraq.
- Ketiga-tiga pusat ini memainkan peranan penting dalam Kejayaan Abbasiyah menjatuhkan Kerajaan Umayyah.
- Di Kufah, ia diketuai oleh Abu Abbas Al-Saffah, beliau memimpin golongan mawali iaitu orang Islam yang bukan berketurunan arab (parsi, barbar, turki) untuk melakukan pemberontakan terhadap khalifah Bani Umayyah.
- Semasa pemerintahan khalifah kedua Bani Abbasiyah iaitu Abu Jaafar Al-Mansyur, pusat pemerintahan kerajaan Bani Abbasiyah berpindah dari Kufah, Iraq ke Humaimah, Syria.
- Kemudian, Khalifah Jaafar Al-Mansyur memindahkan sekali lagi pusat pemerintahan dari Humaimah, Syria ke Kota Baghdad, Iraq.
0 comments