ABU JA'AFAR ABDALLAH BIN MUHAMMAD AL-MANSUR


Al-Mansur, Almanzor atau nama sebenarnya Abu Ja'far Abdallah ibn Muhammad al-Mansur merupakan khalifah Abbasiyyah yang kedua. Beliau telah dilahirkan di al-Humaymah, rumah bagi keluarga Abbasiyyah selepas penghijrahan mereka daripada Hijaaz pada tahun 687–688. Bapanya, Muhammad, adalah cicit kepada 'Abbas; ibunya pula adalah seorang wanita Barbar. Beliau telah memerintah bermula pada tahun 754 sehingga 775. Pada tahun 762, beliau telah membina kediaman khalifah baru dan kota istana kota Madinat as-Salam, yang mana kemudian menjadi teras bagi ubu kota khalifah, Baghdad.

Flickr Images