TOKOK-TOKOH BIDANG PERBINTANGAN
Al-Falaki
Abu Masyar Ja’far Ibnu Muhammad Ibnu Umar juga dikenal sebagai al-Falaki atau Ibn Balkhi, Latin sebagai Albumasar, Albusar, atau Albuxar adalah astronom dan filsuf Islam asal Persia. Ia dianggap sebagai Astronom terbesar dari Abbasiyah di Baghdad. Ia menulis sejumlah buku pedoman praktis tentang astrologi, Karya-karyanya ditulis dalam bahasa Arab dan Persia.
Abu Ma'shar al-Balkhi lahir 10 Agustus 787 (abad IX) di Balkh, Khurasan Balkh, sebuah kota di sebelah timur Khurasan. Abu Ma’shar ahli astronomi dan astrologi. Astrologi yang dimaksudkan di sini adalah yang berhubungan dengan rasi bintang, bukan ilmu nujum. Setelah menyelesaikan studi Tradisi Islam Klasik di Baghdad, Abu Ma’shar mencurahkan seluruh perhatiannya untuk memelajari astronomi dan astrologi.
Tokoh Abu Abdullah Al-Battani atau dikenali sebagai Albategnius di dunia barat merupakan salah seorang pakar sains Islam dari Syria yang hidup antara tahun 858 - 929. Nama penuh beliau ialah Abū Abdullah Muhammad ibn Jabir ibn Sinan ar-Raqqi al-Harrani as-Sabi' al-Battani.
Salah satu pencapaiannya yang terkenal adalah tentang penentuan tahun matahari sebagai 365 hari, 5 jam, 46 menit dan 24 saat. Selain itu, beliau turut menemui beberapa persamaan trigonometri.
Dilahirkan di Khwarazm (kini Uzbekiztan) di Asia Tengah yang pada masa itu terletak dalam sempadan Kerajaan Parsi, Al-Biruni mempelajari matematik dan astronomi daripada Abu Nasr Mansur. Al-Biruni merupakan rakan pelajar kepada ahli falsafah dan pakar perubatan Ibn Sina, pakar sejarah, pakar falsafah, dan pakar etik (ethicist) Ibn Miskawayh, di universiti dan pusat sains yang ditubuhkan oleh putera Abu Al Abbas Ma'mun Khawarazmshah. Abu Raihan Al-Biruni juga mengembara ke India dengan Mahmud dari Ghazni dan menemani beliau dalam kempen ketenteraannya di sana, mempelajari bahasa, falsafah dan agama mereka dan menulis buku mengenainya. Dia juga mengetahui bahasa Yunani, dan kemungkinannya Syriac dan Berber. Dia menulis bukunya dalam bahasa Persia(bahasa ibundanya) dan bahasa Arab.
Ibn al-Haitham membuat sumbangan besar dalam bidang optik, dan juga bidang-bidang fizik, ilmu falak, matematik,oftalmologi, falsafah, persepsi penglihatan, dan kaedah saintifik. Beliau juga menulis ulasan berwawasan terhadap karya-karya Aristotle, Ptolemy, dan ahli matematik purba Yunani, Euclid.
Beliau sering dikenali sebagai Ibn al-Haitham, dan kadangkala sebagai al-Basri, bersempena tempat kelahirannya di bandar Basra. Beliau juga dikenali dengan nama berian Ptolemaeus Secundus ("Ptolemy Kedua") atau nama ringkas "Si Ahli Fizik" di Eropah Zaman Pertengahan.
Dilahirkan di Basra, Iraq, beliau tinggal di Kaherah Mesir dan meninggal dunia di sana pada umur 74 tahun. Abu Ali Hasan juga merupakan manusia pertama yang memperincikan secara tepat pelbagai bahagian mata dan memberi penjelasan saintifik mengenai proses penglihatan. Abu Ali Hasan menyangkal teori penglihatan Ptolemy dan Euclid yang menyebut bahawa mata menghantar sinaran visual kepada objek yang dilihat. Menurut Ali Abu Hasan, sinaran berasal dalam objek yang dilihat dan bukan dalam mata. Dalam bukunya Mizan al-Hikmah, Ali Abu Hasan membincangkan ketumpatan atmosfera dan menghasilkan hubungan antara atmosfera dan ketinggian.