TOKOH-TOKOH ILMU HADIS
Imam Bukhari
Abu Abdullah Muhammad bin al-Bukhari (13 Syawal 194H - 1 Syawal256H)/(20 Julai 810 M - 1 September 870 M), adalah pengarang kumpulan tradisi yang dikumpulkan dalam Sahih Bukhari, yang dianggap orang Islam Sunni sebagai Hadith sahih daripada Nabi Muhammad s.a.w.. Imam Bukhari (810 – 870) dilahirkan di Bukhara (Bokharä) (kini di Uzbekistan), pada keluarga Iran, pada 194 H (810 M).
Imam Muslim
Abul Husayn Muslim ibn al-Hajjaj Qushayri al-Nisaburi (hidup sekitar. 206-261 AH/c.821-875 CE), pengarang Muslim bagi kumpulan Hadith kedua penting dalam Islam Sunni, "Sahih Muslim". Dia juga dikenali secara ringkasnya sebagai "Al-Muslim." Dilahirkan di Nishapur (Parsi) dan berketurunan Arab Qushayr.
Ibnu Majah
Ibnu Majah, atau nama lengkapnya Abu 'Abdullah Muhammad bin Yazid bin Abdullah bin Majah al-Rab'i al-Quzwaini adalah seorang ahli hadis yang terkenal kerana menyusun kitabSunan Ibnu Majah. Beliau dilahirkan pada tahun 207 H dan meninggal pada hari Selasa, lapan hari sebelum berakhirnya bulanRamadhan tahun 275 H.
Beliau menuntut ilmu hadis dari berbagai negara hingga beliau mendengar hadis dari madzhab Maliki dan Al Laits. Sebaliknya banyak ulama yang menerima hadis dari beliau. Ibnu Majah menyusun kitab Sunan Ibnu Majah dan kitab ini sebelumnya tidak mempunyai tingkatan atau tidak termasuk dalam kelompok kutubus sittah kerana dalam kitabnya ini terdapat hadith yang daif bahkan hadith munkar. Oleh karena itu para ulamak memasukkan kitab Al Muwaththa karya Imam Malik dalam kelompok perawi yang lima (Al Khamsah). Menurut penyusun (Ibnu Hajar) ulama yang pertama kali mengelompokkan atau memasukkan Ibnu Majah ke dalam kelompok Al Khamsah itu adalah Abul Fadl bin Thahir dalam kitabnya Al Athraf, kemudian disokong pulaAbdul Ghani dalam kitabnya Asmaur Rizal.
Abu Dawud
Imam Abu Daud atau nama sebenarnya Abu Da'ud Sulayman ibn Ash`ath al-Azadi al-Sijistani (Sistan 202 H (817 M) - Basrah 276 H (888 M), adalah salah seorang perawi hadith Nabi Muhammad (S.A.W). Beliau adalah penulis kitab Sunan Abi Daud, salah satu kitab yang dikategorikan di dalam enam kitab Hadis yang utama yang termasuk kitab Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim.
Al-Nasa'i
Imam Nasa`i, atau nama lengkapnya Ahmad bin Syu'aib bin Ali al-Nasa'i adalah seorang ahli hadis. Beliau terkenal dengan nama An-Nasa`i kerana dinisbahkan dengan kota Nasa'i, salah satu kota diKhurasan. Beliau dilahirkan pada tahun 215 H, demikian menurut Adz Dzahabi. Dan beliau meninggal dunia pada hari Isnin,13 Safar 303 Hijriah di Palestin dan beliau dikuburkan di Baitulmuqaddis.
Beliau menerima Hadis dari Sa'id, Ishaq bin Rawahih dan ulama-ulama lainnya selain itu dari kalangan tokoh ulama ahli hadisyang berada di Khurasan, Hijaz, Iraq, Mesir, Syam, dan Semenanjung Arab. Beliau termasuk diantara ulama yang ahli di bidang ini dan karena ketinggian sanad haditsnya.