AHLI-AHLI KEDOKTERAN

Abu Zakaria al-Razi

Tokoh Abu Bakar Muhammad bin Zakaria al-Razi atau dikenali sebagai Rhazes di dunia barat merupakan salah seorang pakar sains dan ahli falsafah Iran yang hidup antara tahun 865 AD - 925 AD. Beliau telah menyumbang dalam bidang perubatan, kimia dan falsafah.


Dilahirkan di Rayy, Iran pada tahun 865 AD (251 Hijrah), dan meninggal di Rayy 925 AD (313 H). Abu Bakar Muhammad bin Zakaria al-Razi adalah seorang ahli perubatan, falsafah, dan sarjana Parsi yang memberikan sumbangan asas dan berkekalan dalam bidang perubatan, Alkhemi (Alchemy), dan falsafah, yang ditulis dalam lebih 184 buah buku dan rencana dalam pelbagai bidang sains. Dia fasih dalam pengetahuan perubatan Yunani dan menambah sebahagian besar kepadanya dari pemerhatiannya sendiri. Sebagai ahli alkhemi, Razi diakui sebagai menjumpai asid sulfirik, yang digunakan secar ameluas ("work horse") bagi kejuruteraan kimia dan kimia moden. Dia juga menjumpai ethanol dan hasil sulingannya, dan kegunaannya dalam perubatan. Dia tanpa dipersoalkan lagi merupakan salah seorang juru ilmuan dalam dunia Islam, dan mempunyai pengaruh yang besar kepada sains dan perubatan Eropah.

Ibnu Sina

Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdullah Ibn Sina,  atau dikenali sebagai Ibnu Sina atau "Avicenna" di dunia barat merupakan salah seorang pakar sains dari Uzbekistan yang hidup antara tahun 980 - 1037 M.

Ibnu Sina dilahirkan pada tahun 370 Hijrah bersamaan dengan 980 M. Pengajian peringkat awalnya bermula di Bukhara dalam bidang bahasa dan sastera. Selain itu, beliau turut mempelajari ilmu-ilmu lain seperti geometri, logik, matematik, sains, fiqah, dan perubatan.

Ibnu Sina mula menjadi terkenal selepas berjaya menyembuhkan penyakit Putera Nub Ibn Nas al-Samani yang gagal diubati oleh doktor yang lain. Kehebatan dan kepakaran dalam bidang perubatan tiada tolok bandingnya sehingga beliau diberikan gelaran al-Syeikh al-Rais (Mahaguru Pertama).

Flickr Images