Masa Keemasan Kerajaan Abassiyah
2/13/2016
Selama kerajaan ini berkuasa, corak pemerintahan yang diterapkan
berbeza-beza mengikut kesesuaian perubahan politik, sosial dan budaya. Berdasarkan
corak pemerintahan, para sejarawan membahagi masa pemerintahan Kerajaan Abbasiyah kepada tiga tempoh iaitu:
- Zaman Pertama (132H/750M-232H/847M). Zaman ini disebut juga sebagai zaman pengaruh Parsi pertama.
- Zaman Kedua (232H/847M-334H/945M). Zaman ini juga dikenali sebagai pengaruh Turki yang pertama. Pada zaman ini telah berlaku pemberontakan, seperti pemberontakan Zane di dataran rendah Iraq Selatan dan pemberontakan Quramitha yang berpusat di Bahrain. Tetapi ia bukan faktor yang menyebabkan kegagalan mewujudkan kesatuan politik daulah Abasiyyah.
- Zaman ketiga (334H/945M-447H/1055M). Pada zaman daulah ‘ Abbasiyyah di bawah pemerintahan ani Buwaih. Sistem khalifah menjadi lebih buruk berbanding masa sebelumnya. Ia dikaitkan dengan aliran Syi’ah yang menjadi pegangan Bani Buwaih pada masa itu. Khalifah seperti pegawai yang diperintah dan diberi gaji. Bani Buwaih telah membahagikan kekusasaannya kepada tiga khalifah bersaudara, iaitu:
a. Ali di wilayah selatan Parsi
b. Hasan di wilayah utara
c. Ahmad di wilayah al-Ahwz, Wasith dab Baghdad.
b. Hasan di wilayah utara
c. Ahmad di wilayah al-Ahwz, Wasith dab Baghdad.
- Zaman Keempat (447H/1055M-590H/1199M). Zaman ini bermula dengan penguasaan Bani Saljuk atas Daulah Abbasiyyah. Kehadiran Bani Saljuk dalah berikutan permintaan khalifah pada masa itu dalam usaha melumpuhkan kekuatan bani Buwaih di Baghdad. Keadaan khalifah selepas itu bertambah baik. Mereka telah membahgikan kuasa pemerinthan kepada beberapa wilayah dengan pelntikan Gabenor untuk setiap wilayah tersebut. Wilayah-wilayah ini telah memerdekakan diri mereka apabila Bani Saljuk semakin lemah ekoran konflik dan peperangan sesama sendiri. Khalifah ‘Abbasiyyah kembali mendapat kuasa pemerintahan terutamanya di Iraq. Kekuasaan Bani Saljuk di Iraq berakhir di tangan Khawariz Syah pada tahun 590H/1199M.
- Zaman Kelima (590H/1199M-656H/1258M). Pada zaman ini Daulah ‘ Abbasiyyah tidak berada di bawah penguasaan dinasti tertentu. Bani al-Abbas kembali berkuasa tetapi terhad di Baghdad sahaja. Wilayah kekuasaan Khalifah menjadi kecil dan kekuatan politiknya sangat lemah. Pada masa inilah muncul kekuasaan Mongol dan Tatar di bawah pimpinan Hulagu Khan menghancur Daulah ‘Abbasiyyah (Syafiq A. Mughni, 1997).
Jika dasar-dasar pemerintahan Kerajaan Abbasiyah diletakkan dan dibangun oleh Abu al-Abbas dan Abu Ja’far al-Mansur, maka puncak keemasan kerajaan ini berada pada tujuh khalifah tersebut, iaitu:
- Al-Mahdi (775-785 M)
- Al-Hadi (775-786 M)
- Harun al-Rasyid (785-809 M)
- Al-Ma’mun (813-833 M)
- Al-Mu’tashim (833-842 M)
- Al-Wasiq (842-847 M)
- Al-Mutawakkil (847-861 M)
Pada zaman pemerintahan al-Mahdi, ekonomi mula meningkat dengan peningkatan pada sektor pertanian melalui pengairan dan peningkatan hasil perlombongan seperti perak, emas, tembaga dan besi.
Populariti Daulah Kerajaan Abbasiyah mencapai puncaknya pada zaman khalifah Harun al-Rasyid dan putranya al-Ma’mun, ketika mendirikan sebuah akademi pertama yang di lengkapi dengan lembaga untuk peterjemahan. Antara kemajuan yang dapat dicapai ialah:
(a) Lembaga dan kegiatan ilmu pengetahuan
Sebelum dinasti Kerajaan Abbasiyah, pusat kegiatan dunia Islam terletak di masjid. Masjid dijadikan pusat untuk menuntut ilmu. Pada dinasti Kerajaan Abbasiyah inilah mula adanya perkembangan ilmu dan teknologi dalam ma’had. Lembaga ini terdapat 2 peringkat, iaitu:
- Maktab dan masjid iaitu lembaga pendidikan terendah, tempat anak-anak remaja belajar dasar-dasar bacaan, mengira, menulis dan ilmu agama
- Peringkat yang lebih mendalam, para pelajar yang ingin mendalami Islam pergi ke luar daerah atau ke masjid-masjid, ataupun ke rumah gurunya. Selepas itu, madrasah yang dibuka oleh Nizhamul Muluk yang memerintah pada tahun 456-485 H. Lembaga inilah yang kemudiannya berkembang pada zaman dinasti Bani Abbasiyah.
(b) Corak gerakan ilmu
Gerakan ilmu pada dinasti Kerajaan Abbasiyah lebih bersifat spesifik, kajian ilmu yang bersifat keduniaan tertumpu pada ilmu kedoktoran, di samping kajian yang bersifat pada al-Qur’an dan Hadis, astronomi, mantiq dan sastera baru dikembangkan dengan peterjemahan dari Yunani.
(c) Kemajuan dalam bidang agama
Pada zaman Kerajaan Abbasiyah, ilmu dan cara tafsir mulai berkembang, terutama dua cara, iaitu tafsir bil al-ma’tsur (interpretasi tradisional dengan mengambil interpretasi dari nabi dan para sahabat), dan tafsir bil al-ra’yi (cara rasional yang lebih banyak tertumpu daripada pendapat dan fikiran hadis dan pendapat sahabat).
Dalam bidang hadis, pada mulanya hanya bersifat sempurna, pembukuan dari catatan dan hafalan dari para sahabat. Pada zaman ini juga mula diklasifikasikan secara sistematik dan kronologi.
Dalam bidang fiqh, pada masa ini lahir fuqaha legendari, seperti Imam Hanifah (700-767 M), Imam Malik (713-795 M), Imam Syafi’i (767-820 M) dan Imam Ahmad ibn Hambal (780-855 M).
Gerakan ilmu pada dinasti Kerajaan Abbasiyah lebih bersifat spesifik, kajian ilmu yang bersifat keduniaan tertumpu pada ilmu kedoktoran, di samping kajian yang bersifat pada al-Qur’an dan Hadis, astronomi, mantiq dan sastera baru dikembangkan dengan peterjemahan dari Yunani.
(c) Kemajuan dalam bidang agama
Pada zaman Kerajaan Abbasiyah, ilmu dan cara tafsir mulai berkembang, terutama dua cara, iaitu tafsir bil al-ma’tsur (interpretasi tradisional dengan mengambil interpretasi dari nabi dan para sahabat), dan tafsir bil al-ra’yi (cara rasional yang lebih banyak tertumpu daripada pendapat dan fikiran hadis dan pendapat sahabat).
Dalam bidang hadis, pada mulanya hanya bersifat sempurna, pembukuan dari catatan dan hafalan dari para sahabat. Pada zaman ini juga mula diklasifikasikan secara sistematik dan kronologi.
Dalam bidang fiqh, pada masa ini lahir fuqaha legendari, seperti Imam Hanifah (700-767 M), Imam Malik (713-795 M), Imam Syafi’i (767-820 M) dan Imam Ahmad ibn Hambal (780-855 M).
Ilmu lughah berkembang dengan pesat kerana bahasa Arab yang semakin dewasa memerlukan ilmu bahasa yang menyeluruh.
(d) Ilmu pengetahuan sains dan teknologi
- Astronomi: Ilmu ini diambil melalui karya India Sindhind, kemudian diterjemahkan oleh Muhammad ibn Ibrahim al-Farazi (77 M). Di samping itu, masih ada ilmuwan Islam lain, seperti Ali ibn Isa al-Asturlabi, al-Farghani, al-Battani, Umar al-Khayyam dan al-Tusi.
- Kedoktoran: Doktor pertama yang terkenal ialah Ali ibn Rabban al-Tabari. Manakala tokoh lain pula ialah al-Razi, al-Farabi dan Ibnu Sina.
- Kimia: Tokohnya ialah Jabir ibn Hayyan (721-815 M). Tokoh lain adalah al-Razi, al-Tuqrai yang hidup pada abad 12 M.
- Sejarah dan geografi: Tokohnya ialah Ahmad ibn al-Yakubi, Abu Ja’far Muhammad bin Ja’far bin Jarir al-Tabari. Kemudian ahli ilmu bumi yang terkenal ialah Ibnu Khurdazabah (820-913 M).
- Memindahkan ibu kota negara dari Damsyik ke Baghdad
- Memusnahkan keturunan Bani Umayyah
- Merangkul orang-orang Persia, dalam rangka politik memperkuatkan diri, Abbasiyah memberi peluang dan kesempatan besar kepada kaum Mawali.
- Menumpaskan pemberontakan
- Menghapuskan politik kasta
- Para khalifah tetap dari keturunan Arab. Manakala para menteri, panglima, gubernur dan para pegawai lainnya dipilih dari keturunan Persia dan Mawali.
- Ilmu pengetahuan dipandang sebagai suatu yang sangat penting dan mulia
- Kebebasan berfikir
- Para menteri keturunan Persia diberi kekuasaan penuh untuk menjalankan tugasnya dalam pemerintah (Hasjmy, 1993: 213-214).
Selain kemajuan di atas, pada masa pemerintahan Bani Abbasiyah, pertumbuhan ekonomi dapat dikatakan maju dan menunjukkan angka vertikal. Pertukaran asing negara penuh dan melimpah ruah. Khalifah al-Mansur merupakan tokoh ekonomi Abbasiyah yang mampu meletakkan dasar yang kuat dalam ekonomi dan kewangan negara. Di sektor perdagangan merupakan sector yang terbesar di dunia saat itu dan Baghdad sebagai kota pusat perdagangan.
0 comments