Latar Belakang Kerajaan Abbasiyah
2/12/2016Kerajaan Bani ‘Abbasiyyah adalah khilafah Islam yang paling lama berkuasa dan berperanan dalam mewujudkkan tamadun Islam yang gemilang. Tempoh pemerintahan Bani ‘Abbasiyyah dikenali dalam sejarah barat sebagai The Golden Age. Perkembangan sejarah pemerintahan Bani Abbaisyyah dapat dibahagikan kepada tiga zaman, iaitu:
- Zaman Perkembangan (750 – 950M)
- Zaman Perpecahan (950 – 1050M)
- Zaman Kejatuhan (1050 – 1250M)
Penubuhan Daulah ‘Abbasiyyah dianggap revolusi dalam khilafah Islamiyyah. Menurut Crane Brinton, terdapatempat ciri yang menjadi identiti revolusi pada masa itu:
1. Sebelum berlakunya revolusi, ideology pihak pemerintah pada masa itu telah dikritik dengan hebatnya oleh masyarakat kerana mereka kecewa dengan penderitaan yang wujud disebabkan oleh kelemahan-kelemahan ideologi pihak berkuasa.
2. Pemerintahan yang tidak cekap kerana lemah melakukan penyesuaian sistem sosial dengan perkembangan keadaan dan tuntutan zaman.
3. Perubahan sokongan para intelektual yang mendokong ideology pemerintahan kepada wawasan baru yang dipelopori kumpulan penentang.
4. Revolusi itu merangkumi kerjasama kumpulan bawahan yang tertindas dengan pegawai-pegawai pemerintah yang tidak berpuas hati dengan sistem yang ada (Ahmad Syafi’I Maaarif dan M. Amin Abdullah, 2007).
0 comments